Friday, March 8, 2013

Menu Diet Fasa 1 (6/3-15/3)

Fasa 1, fasa penyingkiran lemak. Cikgu Ben kata makan protein & sayur2an jeh. No nasik dan sepupu sepapatnya. Setakat nie dah berjaya lupakan nasi. Tp tengahari tadi kat ofis makan laksa penang....terkantoi la sudah, tak boleh rupanya. Dalam kuah laksa tu byk protin. Salad, timun & tomato tambahan 1 tipuware besar bawak dari rumah.

Layan jer la gambar2 menu yang sempat diambil. Sebab baru nak mula, tak terpikir pulak nak snap gambar setiap kali makan mcm Cikgu Ben.


Menu wajib & peberet- jus carrot + susu skim + isolate soy powder (tanpa gula )
Dah lama amalkan sebelum mula dietkamikaze. Minum ni aja dah cukup

Hari kedua teringin pulak nak makan telur separuh masak

Ni menu dinner semalam- Smoked salmon & veggies. Yang dalam
tipuware tu sebenarnya lebihan vegi tengahari.
Food diary- rekod apa yang dimakan setiap hari
dan jumlah kaori....agak2 jer la


Esok hari keempat ada 3 kenduri nikah....COBAAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Jawabnya gi kenduri minum air kosong jer ler. Boleh ker macam tu?... :)



No comments:

Post a Comment