Friday, March 8, 2013

Kenapa Diet? Kan Dah Kurus

Itulah respon yang akak selalu dengar bila akak kata nak berdiet. Heh heh heh...kurus ker? Cer tengok betul2...banyak lemak2 tersembunyi la.  Tapi betul ke DIET= Nak Kurus? Mana betul dik. Jom semak dalam kamus. Dalam Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, diet ialah sajian makanan.

Ini bermakna ada diet tak sihat/tak seimbang dan ada diet sihat/seimbang. Manakala berdiet pula ialah berpantang/ menahan diri daripada makan mengikut kehendak hati. Jadi berdiet tu bukanlah sebab nak kurus. Akak berdiet sekadar nak pastikan kalori yang diambil tidak lebih dari kalori yang diperlukan oleh tubuh badan. Bahasa mudahnya, makan ikut keperluan badan bukan ikut nafsu....

Akak berdiet dan bersenam sebab nak sihat dik. Badan sihat otak cerdas, orang sayang...betul tak?

DIET + SENAM = SIHAT

Nie baru betul. Cara mudah, murah, berkesan dan selamat. Hanya perlu tentukan matlamat, komitmen dan disiplin sebab banyak cabarannya nak ubah kepada gaya hidup sihat ni. Kalau nak sihat kenalah dapatkan berat badan unggul dulu. Petunjuk yang paling mudah untuk kita yang bukan ahli bina badan ialah BMI (basal metabolic indeks). BMI akak dalam kategori normal...kalau tak jaga harus jadi obes. Nak tahu lebih lanjut pasal BMI dan cara kira....adik tanya kat En Google, pasti tak menghampakan..

Insyaa Allah. Kita berusaha lepas tu baru bertawakal. Sebagai langkah permulaan akak gunakan program dietkamikaze. Hah, diet apa tu?  Klik di sini kalau nak tahu lebih lanjut...(hehehe promosi percuma). Dalam blog ini akak kongsikan diet setiap hari dan aktiviti senaman yang akak lakukan sebagai motivasi untuk diri sendiri dan rujukan masa hadapan.

Jadi jom kita mula.....

No comments:

Post a Comment