Friday, March 8, 2013

Kenapa Nak Bersenam?

Sebab nak sihat la...la la la la

Alhamdulillah, petang semalam dapat habiskan 3 pusingan. Awalnya cuaca amatlah mesra...elok jer panas. Baru mula 200m, air dari langit menitik. Jadi akak buat U turn gi amik payung dalam kereta. Dengan semangat Hang Jebat akak 'brisk walked' sambil berpayung.

Habis 1 pusingan, hujan pun berenti. Maka berjogging lah akak 1 pusingan penuh. Oleh kerana ada lagi 15 minit sebelum pukul 7pm, akak teruskan berjalan sambil snap gambar untuk masuk blog. Cer tengok gambar kat bawah sekali, 3 pusingan sama dengan 6.6km. Tapi akak ngelat sikit, tak ikut trek betul2...agak2 akak 3 pusingan akak sama lah dengan 5 km. Ok lah tu kan. Target akak nak bakor kalori 200-300 sehari. Kalau lebih...bonus.

Trek di bahagian belakang- masa hujan semua dah balik

Trek di bahagian depan -hanya yang bersemangat Hang Jebat
yang masih berjogging





Jangan sayang lemak2 tepu tu ....jom kita bakor!!!!

No comments:

Post a Comment